Terma & Syarat
- Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk setiap pesanan.
- Bayaran PENUH PERLU dijelaskan sebelum pesanan anda dipos.
- Sila berikan masa untuk pemprosesan dan penyediaan stok, biasanya akan mengambil masa tidak melebihi 3 hari dari tarikh bayaran dibuat, sekiranya barangan yang dipesan kehabisan stok, kami akan memaklumkan kepada anda dengan kadar segera.
- Setiap pesanan anda akan diperiksa kualitinya terlebih dahulu sebelum dipos kepada anda.
- Segala urusniaga dalam Ringgit Malaysia (RM).
- Kami tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan/kerosakan/kelewatan yang disebabkan oleh pihak Pos Malaysia ataupun pihak Kurier yang dilantik oleh kami.
- Kadar caj/bayaran Pos ditentukan oleh pihak Pos Malaysia/Kurier sendiri, kami tidak mempunyai kuasa ke atas caj-caj yang dikenakan oleh pihak mereka.